← 5mily

Terma & Polisi Reseller

Dengan menjadi reseller 5mily, anda bersetuju dengan terma di bawah. Ia wujud untuk melindungi pelanggan dan menjaga nama baik semua reseller.

1. Model jualan & bayaran

Anda menjual akaun 5mily Basic pada harga anda sendiri (minimum RM39 — anda boleh jual lebih mahal, tetapi tidak lebih rendah). Bayaran pelanggan dibuat terus ke QR / akaun bank anda sendiri. 5mily tidak memegang wang jualan Basic anda pada bila-bila masa.

2. Tanggungjawab anda

  • Sahkan (approve) setiap order yang sah secepat mungkin, dan tidak lewat daripada 48 jam.
  • Pastikan QR pembayaran anda betul dan aktif sebelum berkongsi pautan landing.
  • Layan pertanyaan pelanggan dengan jujur dan sopan.
  • Jangan terima bayaran tanpa menyerahkan akaun. Ini adalah penipuan.

3. Tempoh sahkan (SLA)

  • Selepas 24 jam: anda menerima amaran dalam dashboard untuk order yang belum disahkan.
  • Selepas 48 jam: order dikira lewat dan dicatat sebagai rekod buruk.
  • 3 kejadian (order lewat dan/atau laporan pelanggan yang sah) akan menyebabkan akaun anda ditanda bermasalah untuk semakan admin.

4. Refund & liabiliti

Oleh sebab bayaran jualan Basic masuk terus kepada anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sama ada menyerahkan akaun (sahkan order) atau memulangkan wang pelanggan (refund) jika anda tidak dapat menyempurnakan jualan. 5mily bertindak sebagai orang tengah — kami akan menyiasat laporan dan boleh mengambil tindakan terhadap anda, tetapi kami tidak menjamin atau menanggung refundbagi pihak anda.

5. Laporan pelanggan & pembekuan akaun

Pelanggan boleh membuat laporan melalui halaman lapor jika berlaku masalah (dah bayar tetapi tidak disahkan, order ditolak selepas bayar, atau anda tidak memberi maklum balas). Jika laporan sah dan/atau anda berulang kali lewat, 5mily berhak:

  • Membekukan akaun reseller anda — landing jualan dinyahaktif dan anda tidak boleh sahkan order.
  • Menyahaktifkan pautan jualan anda tanpa notis awal jika ada risiko kepada pelanggan.
  • Menyahkan order tergantung bagi pihak anda untuk melindungi pelanggan yang sudah membayar.

6. Harga & kuota

Anda diberi kuota akaun untuk dijual. Setiap jualan yang disahkan memotong 1 kuota. Harga jualan tidak boleh kurang daripada RM39. Kandungan produk (akaun Basic 5mily) adalah sama untuk semua reseller.

7. Larangan

  • Menipu, mengiklan palsu, atau memberi janji yang bukan sebahagian daripada 5mily.
  • Menjual pada harga bawah minimum atau mengutip bayaran tambahan tersembunyi.
  • Menyalahguna data pelanggan yang anda terima.

Pelanggaran boleh menyebabkan pembekuan kekal tanpa refund kuota.

5mily boleh mengemas kini terma ini dari masa ke masa. Entiti pengendali: Countless World Sdn. Bhd.

Ada masalah dengan pesanan? Lapor di sini.